Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung
Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh,
Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi
tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang
belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini
kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lokasi
Terletak di Tambun, Ipoh, Perak.

Harga tiket dan waktu operasi
Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga
berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan
promosi.
- Harga tiket dewasa - RM56.
- Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
- Harga tiket Warga Emas - RM49.
- Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.
Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:
- Lost World Amusement Park.
- Lost World Water Park.
- Lost World Tiger Valley.
- Lost World Petting Zoo.
- Lost World Tin Valley.
- Lost World Hot Springs & Spa.
- Lost World Lupe’s Adventure.

Keterangan gambar: Kolam ombak yang terdapat di Lost World of Tambun.
Waktu operasi
- Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
- Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
- Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Keterangan gambar: Swan Lake di Lost World of Tambun di mana anda boleh memberi makan ikan-ikan yang banyak didalam tasik.
Aktiviti menarik di Lost World of Tambun
Terdapat tiga jenis aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di
taman tema ini. Berikut ialah senarai aktiviti yang ada di Lost World of
Tambun:
Water park
Water Park menawarkan berbagai aktiviti menarik buat pengunjung Lost
World of Tambun. Baik dewasa mahupun kanak-kanak, anda pasti seronok
mencuba permainan taman tema air yang disediakan.
- Sandy bay- Pantai berpasir membuatkan anda seolah-olah berada ditepi laut.
- Jungle wave pool - Kolam yang sangat besar dengan ombak tinggi membuatkan anda merasa seperti mandi laut.
- Adventure river - Sungai yang mengelilingi water park. Anda boleh menaiki pelampung mengairi sungai ini.
- Tube riders - Meluncur didalam tiub yang berbengkang-bengkok dari aras tinggi ke kolam.
- Cliff racer - Meluncur diatas papan gelongsor kedalam kolam.
- Kids exploraby - Zon untuk kanak-kanak. Berbagai aktiviti air menarik yang sesuai dengan kanak-kanak.

Keterangan gambar: Permainan air Tube riders yang terdapat di Water Park ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.
Amusement park
Setelah habis mencuba permainan air di Water Park, anda boleh ke
Amusement Park pula. Ia berada didalam kawasan Lost World of Tambun
juga. Anda pasti tertarik dengan permainan yang disediakan.
- Lupe s adventure - Ia adalah roller coaster yang meluncuri landasan
berliku, membelok dan menjunam laju membuatkan pengunjung menjerit
teruja.
- Storm rider - Rasai perasaan teruja menaiki sebuah kapal besar yang
berayun tinggi hingga 180 darjah. Anda boleh duduk di bahagian hujung
kapal untuk merasa ayunan yang lebih tinggi.
- Dragon flight - Naiki buaian yang berpusing 360 darjah. Ia mula
berpusing perlahan dan semakin laju membuatkan anda terbuai tinggi di
udara.
- Adventure express - Keretapi yang membawa pengunjung melalui tempat-tempat menarik mengelilingi taman tema Lost World of Tambun.
- Giddy Galleon - Permainan berupa bot terapung yang bergerak keliling sesuai untuk kanak-kanak.
- Perak Parade - Keretapi permainan yang bergerak keliling untuk kanak-kanak.

Keterangan gambar: Storm rider turut menjadi tumpuan di Amusement Park. Ia adalah sebuah kapal yang berayun tinggi ibarat kapal ditengah lautan.