Bukit Merah Laketown Resort ialah lokasi percutian popular yang terletak di negeri Perak. Ia merupakan resort menarik yang menawarkan pelbagai keseronokan termasuk taman tema air, keindahan alam semulajadi dan penginapan selesa. Sebagai salah satu taman tema terawal di Malaysia, ia sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Sesiapa sahaja yang pernah melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Penang ke Kuala Lumpur pasti akan ternampak resort ini yang terletak berhampiran lebuhraya.

Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Keterangan gambar: Berbagai permainan air menarik yang terdapat di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort sesuai untuk seisi keluarga.

Lokasi

Bukit Merah Laketown Resort terletak di Semanggol, Perak. Ianya berhampiran dengan Taiping, iaitu salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri ini. Bagi pengunjung yang ingin ke bercuti ke taman tema terkenal ini, laluan paling mudah ialah dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan ikut susur keluar Semanggol. Lokasi Bukit Merah Laketown Resort tidak jauh dari susur keluar ini.

Aktiviti menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Terdapat beberapa aktiviti yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini. Aktiviti menarik di Bukit Merah Laketown Resort yang utama ialah Waterpark dan Eco Park. Selain itu ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sana. Dibawah ialah maklumat terperinci mengenai tarikan pelancongan yang ada di taman tema Bukit Merah.

Waterpark

Waterpark menawarkan berbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Baik dewasa mahupun kanak-kanak, anda pasti seronok mencuba permainan taman tema air yang disediakan. Kawasan seluas 11 ekar telah dibangunkan untuk Waterpark dan ia merupakan yang terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Antara permainan yang ada di taman tema air Bukit Merah Laketown Resort ialah:

  • Boomerang
  • Sandy Beachfront Wave Pool
  • Water Speed Slides
  • Body Slides
  • Giant Tube Rides
  • Activity Pool
  • Lazy River
  • Perak Mining Company
  • Kids Adventure River
  • Jumbo Shower
  • Water Pillar
  • Waterfall Bridge

Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Kemudahan asas turut disediakan untuk pengunjung. Selain itu, terdapat juga fasiliti yang disewakan untuk pengunjung yang memerlukan. Berikut merupakan antara kemudahan yang terdapat di Waterpark Bukit Merah:

  • Bilik mandi dan tandas berasingan untuk lelaki dan wanita
  • Surau lelaki dan wanita
  • Bilik First Aid
  • Baby Room
  • Pondok rehat
  • Loker Simpanan untuk disewa
  • Cabana untuk disewa
  • Pelampung untuk disewa

Cabana di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Keterangan gambar: Cabana turut disewakan di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort.

Eco park

Kawasan hutan semulajadi seluas 3 ekar telah dipulihara dan dijadikan tempat perlindungan haiwan yang menempatkan tiga kandang besar iaitu Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek. Pelbagai spesis reptilia, primat, mamalia, burung dan ikan hidup dalam persekitaran seperti habitat asal mereka. Pengunjung berpeluang melihat semua haiwan ini secara dekat malah berinteraksi dengan beberapa haiwan yang jinak. Pendedahan ini adalah satu pendidikan yang pasti memberi pengalaman baru yang menyeronokkan. Antara aktiviti menarik yang terdapat di Eko Park Bukit Merah ialah:

  • Skycycle - Mengayuh Skycycle di atas trek sepanjang 200 meter melalui kawasan hutan semulajadi yang hijau sambil melihat berbagai jenis binatang dari udara memang menyeronokkan.
  • Nature Trail - Di Nature Trail ini pengunjung dapat melihat ikan kap Jepun yang berwarna-warni dan arapaima yang besar. Di sini juga terdapat burung merak berwarna-warni serta berbagai jenis burung tempatan yang lain.
  • Tropical Trek - Melalui trek ini, pengunjung dapat memerhatikan ungka, memerang, Musang Binturong dan lain-lain lagi.
  • Predator Park - Pengunjung akan dapat melihat berbagai spesies pemangsa seperti ular tedung, ular sawa dan banyak lagi.
  • Pets Park - Di taman ini, pengunjung boleh melihat lebih dekat dan memberi makan haiwan mamalia kecil dan ternakan seperti arnab, guinea pigs, landak pigmi Afrika dan banyak lagi.
  • More Attractions - Terdapat berbagai tarikan lain di Eco Park Bukit Merah seperti kandang buaya, kandang beruang matahari dan kandang rusa yang boleh dilawati.

Eco Park Bukit Merah Laketown Resort

Ad Deeni Travel Sdn Bhd

12A & B, Lorong Elmina 3
Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor

+60113-574 2769

Mon to Fri 9am to 6 pm

travel@addeeni.com

Send us your query anytime!