Pulau Perhentian terdiri daripada dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pada zaman dahulu, pulau-pulau ini menjadi tempat-tempat pehentian para pedagang yang berlayar di antara Malaysia dan Bangkok, dari situlah nama Perhentian diberi.

Aktiviti utama pelancong di sini adalah snorkeling dan scuba. Pulau Perhentian sering menjadi destinasi percutian bagi backpacker kerana terdapat banyak pilihan chalet bajet yang disediakan di sini.

Pulau Perhentian Besar


Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama pecutian di sini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakej ubtuk pelancong terutama pakej snorkeling dan juga scuba diving.

Di sini juga terdapat beberapa operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.

Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau.

Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar di sekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan.

Untuk melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.

Pulau Perhentian Kecil


Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkeling terdapat di sini.

Kebanyakkan pengunjung lebih tertumpu di Perhentian Kecil kerana di sini terdapat banyak pilihan chalet atau resort.

Bahkan, di sini juga banyak penginapan bajet yang sesuai untuk ‘backpackers’.

Istimewa untuk anda yang bercadang ke pulau ini, ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Memandangkan pantai dan air laut di sini sungguh bersih dan indah, aktiviti mandi-manda merupakan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan.

Inilah masanya untuk anda mandi sepuas-puasnya. Sambil berendam dan berenang boleh mengintai anak-anak ikan yang berlari-lari di dalam air.

Jika ke tengah sedikit, bolehlah melihat ikan yang lebih besar dan karangan laut yang cantik.Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kaki yang merentas hutan di pulau ini.

Jadi, untuk ke mana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat menarik disana.


Ad Deeni Travel Sdn Bhd

12A & B, Lorong Elmina 3
Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor

+60113-574 2769

Mon to Fri 9am to 6 pm

travel@addeeni.com

Send us your query anytime!